a journey of a starless night

serene. tranquil. peaceful.

malam yang dingin
termenung keseorangan
sepi jadi teman
bulan tidak lagi memberi cahaya
bintang tidak lagi berkelip riang

jangan biar aku sendiri
melewati jalan yang ku sendiri tidak tahu mana akhirnya
lemas dalam noda
tidak nampak arah

lidah terkelu
saat ingin berbicara
tidak sampai maksud tersirat
kerana fikiran tidak menentu

mengimbas kembali
tapak-tapak kaki yang melangkah
kenangan lalu tersimpan kemas dalam lipatan memori
kupegang menjadi penunjuk arah

pandangan kuhala ke hadapan
cuba merubah saat yang terdetik tika ini
ilusi tidak lagi membutakan hati
menyusun langkah berbekalkan keyakinan

0 comments:


About Me

My photo
sarcastic. hot-tempered. self-centered.

Blog Archive